Susu tepung penuh krim telah menjadi pilihan ramai sejak turun temurun. Ianya sajian yang digemari oleh setiap lapisan umur kerana rasanya yang enak dan penuh berkhasiat.

 

Sama ada di dalam bentuk cecair mahupun serbuk, kedua-duanya mengandungi hampir kesemua kebaikan yang diperlukan oleh tubuh badan kita. 

 

Untuk mengetahui tentang susu tepung penuh krim dengan lebih mendalam dan adakah ianya sesuai untuk diberikan kepada bayi anda, ikuti artikel ini sehingga akhir.

 

Apa Itu Susu Tepung Penuh Berkrim?

susu tepung penuh krim

Terdapat pelbagai jenis susu yang dipakejkan bagi memikat hati pengguna di luar sana. Namun, susu yang menjadi pilihan ramai adalah susu tepung penuh krim. 

 

Hal ini kerana khasiat susu tepung penuh krim yang terdiri daripada vitamin A, B12, riboflavin, fosforus, dan zat besi dan lain-lain lagi. 

 

Tambahan lagi, susu tepung seringkali diperkaya dengan zat tertentu seperti mineral dan vitamin untuk keperluan nutrisi yang mencukupi..

 

Susu tepung penuh berkrim diperbuat daripada susu segar yang telah melalui proses pengeringan menjadi serbuk yang mudah disimpan, senang dibawa ke mana-mana dan tahan lama.

 

Selain itu, ia mengandungi peratusan lemak yang paling banyak berbanding jenis susu yang lain di mana purata lemaknya adalah sebanyak 3.8%.

 

Susu Tepung Penuh Krim: Bolehkah Diberikan Kepada Bayi?

susu tepung penuh krim

Tahukah anda, susu tepung penuh krim hanya boleh diperkenalkan kepada bayi anda setelah mereka berusia 1 tahun?

 

Hal ini kerana bayi berusia kurang dari 1 tahun, lebih-lebih lagi perut bayi yang baru lahir tidak dapat mencerna susu tepung dengan sepenuhnya seperti susu ibu dan susu formula.

 

Buah pinggang bayi yang baru lahir tidak dapat memproses kepekatan protein dan mineral yang tinggi dalam susu tepung penuh krim, yang mana ianya boleh menyebabkan dehidrasi.

 

Bukan itu sahaja, susu tepung penuh krim mempunyai jumlah zat besi dan Vitamin C yang lebih rendah daripada susu ibu.

 

Tambahan pula, beralih dari susu ibu terlalu awal boleh menyebabkan bayi mengalami anemia atau kekurangan zat besi.

 

Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memperkenalkan susu tepung penuh krim kepada anak anda. 

 

Mengapa Pilih Susu Tepung Penuh Berkrim Puremil

susu tepung penuh krim

 

Susu merupakan salah satu makanan yang kaya dengan nutrien dan ianya sesuai untuk semua peringkat umur. 

 

Antara jenama susu tepung yang berkualiti tinggi adalah susu jenama Puremil.

 

Puremil membawakan anda Susu Tepung Penuh Krim Asli berkualiti dan tidak manis dengan kebaikan DHA & Omega-3 yang tinggi serta memenuhi keperluan RNI Malaysia 2017.

 

Bukan itu sahaja, Susu Tepung Penuh Krim Asli Puremil mengandungi kebaikan DHA+EPA, Vitamin A, B12, C, D, Kalsium, Folate dan Magnesium.

 

Bukan itu sahaja, Susu Puremil ini dihasilkan daripada susu lembu asli untuk santapan anda seisi keluarga dan terdapat pelbagai jenis susu penuh krim yang boleh anda cuba.

 

Selain itu, terdapat dua jenis susu yang dikeluarkan oleh Puremil iaitu Susu Puremil Asli dan Susu Coklat Puremil. 

 

Susu Puremil asli dihasilkan tanpa sebarang bahan tambahan makanan yang lain seperti maltodekstrin, minyak sayuran, penstabil, tanpa gula dan dan lain-lain.

 

Susu Coklat Puremil pula tidak berasa terlalu manis disebabkan ia dihasilkan dengan hanya menggunakan sebanyak 20% coklat malt sahaja.

 

Dari feedback pelanggan yang telah mencuba susu keluaran Puremil, ramai yang menyukainya.  

 

Kesimpulannya, susu mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh badan lebih-lebih lagi dalam mengekalkan kesihatan tulang serta gigi disebabkan kalsium yang terkandung di dalamnya.

 

Sekiranya anda masih lagi tercari-cari susu tepung yang terbaik dan berkualiti, anda boleh mencuba susu keluaran Puremil.

 

Puremil telah pun berada di pasaran Malaysia sejak tahun 2017 dan Susu Puremil ini selamat dan dijamin asli dan mengandungi pelbagai nutrisi yang sihat.

 

Puremil telah mengimport susu tepungnya dari syarikat pengeluar susu tepung lembu terbesar dunia yang terletak di New Zealand.

 

Selain itu, DHA yang terkandung di dalam susu Puremil diambil dari sumber ikan MEG-3 dari Switzerland yang mendapat pengiktirafan piawaian International Fish Oil Standard (IFOS).

 

Mengapa anda harus memilih susu Puremil?

  • Puremil menggunakan bahan-bahan berkualiti dan istimewa seperti DHA+EPA dan Omega 3 daripada sumber minyak ikan jenama terbaik dunia iaitu MEG-3.
  • Mengambil kira pendapat dietitian, doktor dan pegawai teknologi makanan
  • Dihasilkan oleh kilang bumiputera Islam bertaraf Good Manufacturing Practise (GMP) di Perak dan mendapat pensijilan Halal dari Jakim
  • Memenuhi aspek nutrisi yang diperlukan oleh kanak-kanak berusia 1-3 tahun seperti yang ditetapkan dalam Recommended Nutrient Intakes (RNI) for Malaysia 2017.
  • Puremil mengambil kira juga jurnal-jurnal kajian yang bersesuaian dalam proses pembuatan susu.
  • Berupaya meningkatkan selera makan kanak-kanak berusia 1-3 tahun.
  • Menjimatkan masa kerana ia mudah untuk di bancuh dan tidak melekat pada puting dan botol susu
  • Menjimatkan perbelanjaan kerana terdapat 25 bancuhan bagi setiap kotak susu
  • Sesuai diminum oleh kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas, orang dewasa, ibu hamil dan menyusu.

 

Dapatkan produk keluaran Puremil secara online dengan segera.  

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Puremil.