Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, sudah tentu susu tepung rendah lemak menjadi pilihan utama disebabkan kandungan lemaknya yang rendah berbanding susu penuh krim.

 

Sama ada susu penuh krim atau susu rendah lemak, kedua-duanya mengandungi hampir kesemua khasiat nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan. 

 

Dalam artikel ini, kami akan menerangkan tentang susu tepung rendah lemak dengan lebih mendalam serta cara-cara penyediaan yang anda boleh cuba di rumah.

 

Apa Itu Susu Tepung Rendah Lemak?

Susu Tepung Rendah Lemak

Susu tepung rendah lemak atau juga dikenali sebagai susu tepung skim merupakan sejenis susu lembu yang mempunyai khasiat yang sama seperti susu segar.

 

Namun begitu, harga susu tepung ini lebih murah dan tahan lebih lama berbanding susu segar. 

 

Sesuai dengan namanya, susu tepung rendah lemak ini mengandungi hanya 0.15% kandungan lemak di mana ianya sangat bagus bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.

 

Di antara khasiat yang boleh didapati daripada susu tepung rendah lemak ini adalah:

  • Susu tepung rendah lemak ini mengandungi protein, vitamin D dan Vitamin A serta kalsium yang sama dengan susu segar.
  • Dapat di jadikan sebagai protein tambahan untuk meningkatkan tenaga bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan.

 

Namun begitu, susu tepung rendah lemak ini tidak sesuai untuk diberikan kepada kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah disebabkan kandungan lemaknya yang rendah.

 

Apa Yang Anda Perlu Lihat Semasa Membeli Susu Tepung?

Apa Yang Anda Perlu Lihat Semasa Membeli Susu Tepung?

Ketika membeli susu tepung, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan untuk memastikan anda membeli dengan bijak.

 

Pertama sekali, anda harus memastikan susu tepung yang dijual di kedai runcit tersebut berada di bahagian bahan-bahan kering dan bukannya berada di bahagian susu kotak.

 

Kedua, untuk mengetahui harga susu tepung yang sama dalam pakej saiz yang berlainan, pastikan anda melihat pada rak di bawah produk dan bandingkan harga seunit. 

Bukan itu sahaja, bagi mendapatkan harga yang terbaik, pastikan anda membuat perbandingan harga, jenama kedai dengan harga kedai pukal.

 

Sekiranya anda menetap jauh dari kedai dan menghadapi masalah untuk membeli-belah, adalah lebih baik untuk membuat pembelian dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa.

 

Ini adalah untuk memastikan bekalan susu tepung anda tidak terputus. 

 

3 Cara Penyediaan Susu Tepung

3 Cara Penyediaan Susu Tepung

Kebiasaannya, susu tepung hanya dihidangkan sebagai minuman. Namun, tahukah anda terdapat beberapa cara hidangan lain menggunakan susu tepung?

 

Berikut merupakan tiga cara mudah yang anda boleh ikuti dalam  cara penyediaan susu tepung.

 

  • Meningkatkan nutrien dalam makanan seharian

 

 

Bagi mendapatkan vitamin, mineral serta protein tambahan, masukkan satu sudu susu tepung rendah lemak ke dalam resipi masakan anda. 

 

Antara jenis-jenis makanan yang boleh menggunakan susu tepung rendah lemak adalah penkek, smoothie, kentang lenyek, casseroles, sos pasta, lasagna dan lain-lain lagi.

 

  • Hidang sebagai minuman

 

 

Antara minuman yang boleh dihidang menggunakan susu tepung rendah lemak adalah susu coklat, tidak kira secara sejuk atau panas.

 

Selain itu, anda juga boleh perasakan susu tersebut menggunakan ekstrak vanila.  

 

  • Sebagai bahan pra-campuran untuk memasak

 

 

Susu tepung rendah lemak sesuai dapat dijadikan sebagai bahan pra-campuran untuk membuat penkek, biskut, waffles, muffins dan lain-lain lagi.

 

Caranya adalah dengan menggantikan susu segar dengan susu tepung di mana ia selalunya 1/3 cawan (75ml) susu tepung untuk setiap 1 cawan (250 ml) susu segar.

 

Apabila ingin menggunakannya, anda hanya perlu menambahkan air ke dalam bahan pra-campuran tersebut.

 

Kelebihan Susu Puremil

3 Cara Penyediaan Susu Tepung

Susu merupakan salah satu makanan yang kaya dengan nutrien dan ianya sesuai untuk semua peringkat umur.

Susu Puremil adalah salah satu jenama susu tepung rendah lemak yang mengandungi kebaikan DHA+EPA, Vitamin B12, Kalsium, Vitamin D dan lain-lain lagi.

 

Bukan itu sahaja, Susu Puremil ini dihasilkan daripada susu lembu asli untuk santapan anak anda dan seisi keluarga dan terdapat pelbagai jenis susu penuh krim yang boleh anda cuba.

 

Puremil telah mengeluarkan dua jenis susu berlainan iaitu Susu Puremil Asli dan Susu Coklat Puremil. Ramai yang telah mencuba susu jenama Puremil ini dan menyukainya.  

 

Susu Puremil asli dihasilkan tanpa gula dan tanpa sebarang bahan tambah makanan yang lain seperti maltodekstrin, minyak sayuran, penstabil (carrageenan/ guar gum) dan lain-lain.

 

Manakala Susu Coklat Puremil pula dihasilkan dengan hanya menggunakan sebanyak 20% coklat malt sahaja yang membuatkan rasanya tidak terlalu manis.

 

Berikut adalah kelebihan susu Puremil:

  • Mengandungi magnesium untuk membantu penyerapan kalsium dan vitamin D bagi membantu penyerapan Vitamin dan Mineral

 

  • Mengandungi DHA & Omega-3 yang baik untuk kesihatan jantung, otak dan mata.

 

  • Mengandungi Vitamin B12 dan zink yang membantu meningkatkan selera makan

 

  • Susu Puremil mengekalkan nutrisi susu sebenar

 

  • Mengambil kira juga jurnal-jurnal kajian yang bersesuaian untuk memastikan produk keluaran Puremil selamat untuk semua.

 

  • Mengandungi nutrisi terbaik untuk tumbesaran kanak-kanak seperti yang ditetapkan dalam Recommended Nutrient Intakes (RNI) for Malaysia 2017.

 

Kesimpulannya, terdapat pelbagai nutrien yang sangat penting dan diperlukan untuk kesihatan tubuh badan yang boleh di dapati di dalam susu tepung rendah lemak.

 

Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai cara yang anda boleh gunakan untuk mendapatkan nutrien dari susu tepung seperti yang disarankan di atas.

 

Sekiranya anda masih lagi tercari-cari susu tepung yang terbaik dan berkualiti, anda boleh mencuba susu keluaran Puremil.

 

Puremil telah pun berada di pasaran Malaysia sejak tahun 2017 dan Susu Puremil ini selamat dan dijamin asli dan mengandungi pelbagai nutrisi yang sihat.

 

Puremil mengimport susu tepungnya dari syarikat pengeluar susu tepung lembu terbesar dunia yang terletak di New Zealand.

 

Selain itu, DHA yang terkandung di dalam susu Puremil diambil dari sumber ikan MEG-3 dari Switzerland yang mendapat pengiktirafan piawaian International Fish Oil Standard (IFOS).

 

Mengapa anda harus memilih susu Puremil?

  • Puremil menggunakan bahan-bahan berkualiti dan istimewa seperti DHA+EPA dan Omega 3 daripada sumber minyak ikan jenama terbaik dunia iaitu MEG-3.

 

  • Dihasilkan oleh kilang bumiputera Islam bertaraf Good Manufacturing Practise (GMP) di Perak dan mendapat pensijilan Halal dari Jakim

 

  • Memenuhi aspek nutrisi yang diperlukan oleh kanak-kanak berusia 1-3 tahun seperti yang ditetapkan dalam Recommended Nutrient Intakes (RNI) for Malaysia 2017.

 

  • Menjimatkan perbelanjaan kerana terdapat 25 bancuhan bagi setiap kotak susu

 

  • Puremil mengambil kira juga jurnal-jurnal kajian yang bersesuaian dalam proses pembuatan susu.

 

  • Mengambil kira pendapat dietitian, doktor dan pegawai teknologi makanan

 

  • Menjimatkan masa kerana ia mudah untuk di bancuh dan tidak melekat pada puting dan botol susu

 

  • Berupaya meningkatkan selera makan kanak-kanak berusia 1-3 tahun.

 

  • Sesuai diminum oleh kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas, orang dewasa, ibu hamil dan menyusu.

 

Dapatkan produk keluaran Puremil secara online hari ini.  Untuk  maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Puremil.

 

Shopping Susu Puremil Di Sini