Berminat nak buat susu tepung sendiri di rumah?

Ikuti artikel ini untuk mengetahui cara-cara mudah untuk membuat susu tepung di rumah dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang sudah tersedia di rumah anda. 

Sebelum itu, berikut adalah sedikit maklumat mengenai susu ini untuk makluman anda.

 

Apa Itu Susu Tepung?

Susu tepung merupakan susu yang telah diubah untuk menjadi susu tepung kering melalui kaedah penyejatan. 

Kaedah ini dilakukan dengan mengeluarkan segala cecair dari susu sehingga menjadi pepejal supaya ia boleh bertukar menjadi serbuk.

Ramai yang melakukan kaedah ini di rumah untuk memelihara kualiti susu kerana khasiat susu tepung buatan sendiri masih lagi sama dan tidak berubah.

Walaupun ia melalui proses pemanasan, nutrien yang terkandung di dalam susu seperti mineral dan vitamin akan tetap berada di dalam keadaan yang sama. 

Bukan itu sahaja, dengan membuat susu  sendiri, anda dapat mengelakkan pembaziran serta dapat menggunakan susu tersebut untuk jangka masa yang lama.

Cara Mudah Membuat Susu Tepung

Terdapat beberapa kaedah yang anda boleh ikuti untuk membuat susu tepung di rumah. 

Namun, kaedah yang kami akan kongsikan adalah kaedah yang paling mudah iaitu dengan menggunakan oven.

Bahan-bahan:

  • 1 liter susu segar penuh krim (dapat menghasilkan lebih kurang 150g susu tepung)
  • Tray / bekas yang boleh digunakan bersama oven.

 

Cara-cara membuat susu tepung:


Tuangkan susu segar penuh krim (pastikan susu tersebut berada di dalam suhu bilik) ke dalam bekas sehingga 1 inci supaya senang untuk kering.

Seterusnya, masukkan pinggan ke dalam ketuhar anda pada suhu 50-60ºC dan biarkan sehingga susu menjadi kering. 

Pastikan susu yang telah kering tidak bertukar menjadi warna coklat.

Setelah susu kering dan dikeluarkan dari oven, kacau susu tersebut dari masa ke semasa untuk memastikan tiada cecair yang berlebihan.

susu tepung

susu tepung

Setelah anda mendapat ketulan susu seperti gambar di atas, letakkannya di atas dulang atau di atas parchment paper untuk meneruskan proses pengeringan.

susu tepung

susu tepung

Kisar serpihan menjadi serbuk menggunakan pengisar rempah ataupun pengisar biasa. Kemudian, ayakkan susu yang telah dikisar tadi sehingga  menjadi serbuk yang sangat halus.

Setelah itu, simpankan susu tepung anda ke dalam bekas kedap udara. Pastikan tiada permukaan yang lembap serta simpan di tempat yang sejuk dan gelap.

Susu buatan anda ini boleh di simpan sehingga berbulan-bulan sekiranya anda menyimpannya dengan cara yang betul.

Kesimpulannya, membuat susu tepung sendiri di rumah sangat mudah. 

Namun begitu, sekiranya anda tidak mempunyai masa untuk membuatnya sendiri di rumah, anda boleh cuba susu daripada Puremil.

Dengan susu Puremil, anda bukan sahaja akan mendapat khasiat Omega 3, anda juga akan mendapat kebaikan DHA+EPA, Vitamin B12, Kalsium, Vitamin D dan lain-lain lagi.

Susu Puremil ini dihasilkan daripada susu lembu asli untuk santapan anak anda dan seisi keluarga dan terdapat pelbagai jenis susu penuh krim yang boleh anda cuba.

Puremil telah mengimport susu tepungnya dari syarikat pengeluar susu tepung lembu terbesar dunia yang terletak di New Zealand.

Terdapat dua jenis susu Puremil iaitu Susu Puremil Asli dan Susu Puremil Coklat. Banyak testimoni pelanggan yang mencuba susu Puremil dan menyukai nya.

Puremil telah berada di pasaran sejak  tahun 2017 lagi dan susu Puremil ini selamat dan dijamin asli dan mengandungi pelbagai nutrisi yang sihat.

 

Kelebihan memilih Susu Puremil

  • Puremil mengambil kira pendapat dietitian, doktor dan pegawai teknologi makanan
  • Mengandungi nutrisi terbaik untuk tumbesaran kanak-kanak seperti yang ditetapkan dalam Recommended Nutrient Intakes (RNI) for Malaysia 2017.
  • Mengambil kira juga jurnal-jurnal kajian yang bersesuaian untuk memastikan produk keluaran Puremil selamat untuk semua. 
  • Tiada tambahan gula atau sebarang jenis pemanis, maltodekstrin, krimer, minyak sayuran, penstabil dana gen anti penggerakan.
  • Mengandungi Magnesium untuk membantu penyerapan Kalsium dan Vitamin D bagi membantu penyerapan Vitamin dan Mineral
  • Mengandungi Vitamin B12 dan Zink yang membantu meningkatkan selera makan
  • Kandungan DHA & Omega-3 yang baik untuk kesihatan jantung, otak dan mata.
  • Mengekalkan nutrisi susu sebenar
  • Menggunakan susu lembu asli

 

Tunggu apa lagi, dapat kan Susu Puremil anda sekarang! Like kami di Facebook!