Tentang Kami

Berpengalaman dalam pengilangan susu, penjualan produk susu serta merupakan ahli bidang dalam teknologi makanan

Est. in 2016

“Kami ialah ahli bidang dalam menyediakan susu tepung penuh krim tanpa pemanis dengan rasa yang sedap dan berkhasiat untuk kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas. Ibu bapa tidak perlu lagi risau untuk mencari susu yang tidak manis”

Hasil penelitian terhadap pelbagai jenis susu di pasaran menunjukkan bahawa susu penuh krim sangat baik kerana ia sendiri merupakan MAKANAN LENGKAP serta  kandungan nutrisinya hampir menyamai susu segar.

Dalam memperkenalkan susu tepung penuh krim, kami juga ingin mengajak pengguna supaya lebih prihatin akan nilai nutrisi, bahan kandungan susu dan cara pengambilan yang betul supaya:

i. pengguna lebih peka akan isu susu serta mendapat maklumat yang benar berkaitan dengan susu yang sesuai berdasarkan keperluan mereka.

ii. pengguna dapat mengenalpasti jenis  produk susu yang mereka perlu dan juga mengelakkan daripada terpedaya dengan maklumat berkaitan susu yang tidak benar di luar sana.

Tanpa ragu-ragu, anda kini boleh membeli susu dengan penuh keyakinan.

Susu Tepung Penuh Krim Dari Bandar Diraja

Formulasi Susu Puremil dihasilkan berdasarkan pengalaman dan ilmu pengetahuan dalam bidang industri makanan dengan mengambil kira aspek kesihatan, nutrisi dan bahan mentah yang berkualiti serta mematuhi aspek perundangan seperti Recommended Nutrient Intakes (RNI) Malaysia 2017, Akta Makanan 1983 dan Tata Etika Pemasaran Susu.

Dikilangkan di kilang bumiputera Islam dengan piawaian Good Manufacturing Practice (GMP) dan  Islamic Manufacturing Practice (IMP) yang terletak di Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak.

Kilang ini sangat mementingkan aspek-aspek kebersihan dan kerohanian seperti para pekerja dididik dengan amalan agama dalam bab toharah, menjaga wuduk, solat berjemaah dsb.

Produk-produk dihasilkan dengan pemilihan bahan mentah daripada sumber yang baik dan berkualiti tinggi.

Bahan mentah ini dipilih dan dibekalkan sendiri oleh pihak Puremil.

Puremil menggalakkan kanak-kanak untuk minum susu yang berkhasiat tanpa rasa manis. Kanak-kanak perlu dididik sedari awal dalam mengawal pengambilan gula harian. Apa jua pemanis adalah sangat tidak digalakkan, kerana manis mengajar anak-anak untuk memilih minuman dan makanan yang manis.

Without Any Doubtful

Ingredients

Less is

MORE!

Follow us on social Media.