Susu merupakan salah satu minuman yang diperkenalkan sejak kita bayi lagi. Dari susu ibu ke susu tepung, semuanya memberikan khasiat terbaik untuk keperluan tubuh badan kita.

Dengan kepelbagaian produk susu di pasaran, sudah semestinya kita mahukan susu tepung terbaik untuk diminum.

Namun begitu, kita perlu bijak memilih jenama susu yang sesuai dengan keperluan harian. Ia termasuk harga, kandungan produk, nutrien dan banyak lagi.

Dalam artikel ini, anda akan mengetahui lebih lanjut tentang jenis-jenis susu tepung terbaik serta kebaikan minum susu tepung.

12 Susu Tepung Terbaik di Malaysia

susu tepung

  1. Susu Puremil

susu tepung

Susu tepung Puremil adalah sangat sesuai diminum oleh kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas serta ibu hamil yang menyusukan bayi dan orang dewasa.

Susu ini boleh didapati dalam perisa yang lazat seperti perisa asli dan coklat.

  1. Susu Formula S 26 Progres

susu tepung

Susu formula ini telah dirumus khas untuk kanak-kanak yang berusia 1 tahun sehingga 3 tahun dan berfungsi untuk meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan mereka.

Selain itu, khasiat seperti AA & DHA, protein serta kalsium dan 5 Nukleotida boleh didapati daripada susu formula S 26 progres ini.

  1. Susu Formula Anmum Essential Step 3 & 4

susu tepung

Sudah pasti anda pernah dengar akan susu formula Anmum Essential kerana ianya merupakan pilihan ramai ibu di luar sana.

Apabila anak anda sudah tidak menyusu badan, anda boleh berikan susu tepung ini lebih-lebih lagi sekiranya anak anda telah menjangkau usia 1 tahun.

  1. Susu Formula Enfagrow A+

susu tepung

Susu Formula Enfagrow A+ telah dirumus khas dengan campuran prebiotik bagus seperti PDX dan GOS. Sangat sesuai untuk diberikan kepada anak berusia 1 tahun ke atas.

Selain itu, ianya mengandungi kanji beras di mana ianya membantu memekatkan susu serta mengurangkan risiko anak anda untuk muntah.

Susu Formula Enfagrow A+ ini juga mengandungi DHA dan ARA yang dapat membantu perkembangan anak anda supaya lebih sihat dan cerdas.

  1. Susu Formula Fernleaf ( Calciyum )

susu tepung

Susu Formula Fernleaf ( Calciyum ) merupakan antara susu yang terbaik dalam membantu menguatkan tulang dan sendi anak-anak anda.

Sangat sesuai bagi kanak-kanak yang sedang membesar dan memerlukan sumber kalsium yang tinggi.

  1. Susu Formula Dugro Step 3 & ke atas.

susu tepung

Susu Dugro ini sangat sesuai bagi kanak-kanak berusia 1 tahun hingga 6 tahun ke atas dan ianya mempunyai pelbagai perisa yang boleh dipilih.

Antara pilihan rasa yang disediakan adalah coklat, madu kurma dan perisa asli. Ianya juga telah menjadi ramai pilihan ibu-ibu di Malaysia.

  1. Susu SNOW Neo Kid Plus Step 3

susu tepung

Susu SNOW Neo Kid Plus Step 3 dibuat khas bagi newborn dan bayi sehingga 12 bulan dan ianya membantu bayi mencapai berat badan yang ideal.

Selain itu, ianya diperkaya dengan AA & DHA, 5 Nukleotida, Protein dan Kalsium untuk membantu pertumbuhan bayi anda.

  1. Susu Formula Dumex Mamex

susu tepung

Susu ini sangat sesuai bagi kanak-kanak baru lahir sehingga mereka berumur 1 tahun.

Namun, sekiranya anak anda telah menjangkau enam bulan dan ke atas, adalah dinasihatkan untuk melengkapi  pemakanan mereka dengan makanan pepejal.

Antara makanan pepejal yang anda boleh berikan selain dari susu adalah bubur, ayam, buah-buahan seperti pisang dan bijirin bayi.

  1. Susu MORINAGA BF-1 Infant Formula

susu tepung

Bagi ibu-ibu diluar sana yang mengalami kesukaran untuk menghasilkan susu ibu dalam kuantiti yang banyak, jangan risau.

Kerana dengan Susu MORINAGA BF-1 Infant Formula ini akan membantu memastikan anak anda mendapat zat-zat yang mencukupi dan baik.

  1. Susu Formula Frisolac

susu tepung

Jika bayi anda mempunyai masalah sembelit, susu formula Frisolac ini adalah jawapannya.

Susu ini dapat meningkat sistem imunisasi anak anda sekaligus membantu sistem pencernaan dan penghadaman.

Ini kerana ianya mengandungi kandungan yang tinggi dengan lemak penting seperti DHA & AA, serta probiotik dan neukleotid.

  1. Susu Formula Lactogen

susu tepung

Jika anda mahu susu yang mampu milik dan lebih murah, anda bolehlah membeli susu formula Lactogen ini kerana ianya lebih murah dari susu yang lain.

Ia sesuai untuk bayi baru lahir sehingga berumur 12 bulan.

  1. Susu Formula Nan Pro Step 1

susu tepung

Susu ini sangat bagus untuk mengurangkan cirit-birit bayi anda kerana ianya mengandungi bifidobacterium lactis di mana ianya akan membantu meningkatkan mikrolora usus.

Selain itu, terdapat juga asid lemak tepu seperti Arachidonik Acid (ARA) dan Docosahexaenoic Acid (DHA).

Kebaikan Minum Susu Tepung

susu tepung

Berikut adalah kebaikan-kebaikan minum susu.

  • Pelengkap Makanan

Susu merupakan pelengkap makanan disebabkan khasiatnya yang bagus dan ianya dapat melengkapkan pemakanan harian anda.

Antara khasiat yang boleh didapati dari susu adalah vitamin, lemak, protein dan karbohidrat yang seimbang dan ini akan membantu kita untuk membesar dengan sihat.

  • Mengandungi DHA & Omega-3

susu tepung

Susu yang bagus akan menawarkan DHA+EPA serta Omega 3.

DHA+EPA dan Omega ini adalah sangat bagus untuk kesihatan jantung, otak dan mata. Amat sesuai bagi kanak-kanak dan bayi yang sedang membesar.

  • Mengandungi Vitamin dan Mineral

susu tepung

Seperti yang biasa kita dengar, susu selalu dikaitkan dengan kalsium di mana ianya membantu untuk menguatkan gigi serta tulang.

Tetapi tahukah anda terdapat juga vitamin-vitamin dan mineral lain yang terkandung di dalam susu?

Antara vitamin yang boleh di dapati daripada susu merupakan vitamin D di mana ianya akan meningkatkan jisim tulang yang berkurang akibat penuaan.

Selain itu, terdapat mineral-mineral yang membantu untuk mengekalkan tekanan darah yang sihat iaitu kalsium, magnesium serta potasium.

Vitamin A, K serta beberapa kumpulan vitamin B juga boleh didapati dari susu.

  • Mengurangkan Berat Badan

susu tepung

Jarang kita dengar susu boleh menurunkan berat badan. Susu selalu dikaitkan dengan kegemukan. Namun, ianya bukanlah seperti yang disangka-sangka.

Susu sangat kaya dengan protein yang membolehkan anda berasa kenyang.

Selain itu, susu seperti susu tepung skim mengandungi 0.15% kandungan lemak di mana ianya sangat bagus untuk di minum jika anda mahu menurunkan berat badan.

Terdapat banyak susu tepung rendah lemak yang anda boleh cuba.

  • Mengurangkan Stres

susu tepung

Tahukah anda vitamin dan mineral yang terkandung di dalam susu akan dapat membantu anda mengurangkan stress dengan meregangkan otot-otot yang tegang?

Jadi, sekiranya anda sedang mengalami tekanan, cuba minum susu untuk membantu mengurangkan stres anda.

  • Menguatkan Otot

susu tepung

Jika anda sentiasa mengalami sakit-sakit sendi atau otot, susu merupakan pilihan yang terbaik untuk anda minum kerana ia membekalkan protein dan nutrien yang tinggi.

Ini sangat lah diperlukan untuk menghalang sakit otot, pertumbuhan sel-sel otot serta menggantikan bendalir yang hilang sekiranya anda seorang yang suka bersenam.

  • Melegakan Pedih Ulu Hati

susu tepung

Adakah anda sering merasa pedih ulu hati? Ini adalah berita baik untuk anda kerana susu dapat membantu mengurangkan pedih ulu hati dengan mudah.

Pedih ulu hati selalunya terjadi apabila kita memakan makanan yang kandungan pH sangat rendah dalam kuantiti yang banyak.

Untuk mengurangkan pedih ulu hati, anda perlulah meminum segelas susu. Susu akan membalut esofagus dan perut anda untuk menghalang pedih ulu hati.

Selain itu, dengan meminum susu, anda akan dapat mencegah ulser perut dan masalah perut yang lain yang berpunca daripada keradangan ulu hati.

Kebaikan Susu Tepung Penuh Krim Puremil

Susu Puremil merupakan 100% susu tepung penuh krim yang di buat menggunakan kaedah spray drying di mana bahagian juzuknya tidak di buang dan diimport dari New Zealand.

Mari kita lihat kelebihan-kelebihan yang boleh didapati dari susu Puremil ni.

  • Menggunakan susu lembu asli

  • Mengekalkan nutrisi susu sebenar

  • Tiada tambahan gula atau sebarang jenis pemanis, maltodekstrin, krimer, minyak sayuran, penstabil dan ejen anti penggerakan.

  • Kandungan DHA & Omega-3 yang baik untuk kesihatan jantung, otak dan mata.

  • Mengandungi Vitamin B12 dan Zink yang membantu meningkatkan selera makan

  • Mengandungi Magnesium untuk membantu penyerapan Kalsium dan Vitamin D bagi membantu penyerapan Vitamin dan Mineral

susu tepung

susu tepung

Kesimpulannya, ibu-ibu pastilah ingin memastikan anak-anak mereka mendapat nutrien yang baik dan secukupnya untuk anak-anak.

Pastikan anda membuat pilihan yang tepat dan sesuai dengan keperluan badan anak-anak anda. Baca label nutrien dengan baik sebelum membuat pembelian!

Jika anak anda berusia 1 tahun ke atas, anda boleh cuba susu daripada Puremil.

Puremil diformulasikan daripada susu lembu asli untuk santapan anak anda dan seisi keluarga dan terdapat pelbagai jenis susu penuh krim yang boleh anda cuba.

Puremil telah pun berada di pasaran sejak tahun 2017 lagi dan Susu Puremil ini selamat dan dijamin asli dan mengandungi pelbagai nutrisi yang sihat.

Terdapat dua jenis susu Puremil iaitu Susu Puremil Asli dan Susu Puremil Coklat. Banyak testimoni pelanggan yang mencuba susu Puremil dan menyukai nya.

Jadi tunggu apa lagi! Selamat mencuba!