Q&A

Q: Susu Puremil susu lembu atau kambing?
A: Susu lembu diimport dari New Zealand, keluaran syarikat Fonterra (antara pengeksport susu lembu terbaik dunia)

Q: Adakah susu Puremil ini sesuai untuk bayi?
A: Susu Puremil tidak sesuai untuk bayi berusia setahun ke bawah. Bagi bayi berusia setahun ke bawah, sila dapatkan nasihat daripada doktor kanak-kanak (pediatrician) terlebih dahulu sebelum beri anak minum susu formula, tak kira apa jenama sekali pun.

.
Q: Adakah susu Puremil ini sesuai untuk ibu mengandung?
A: Ya sesuai kerana mengandungi nutrisi asas yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Ibu memerlukan kalsium dan protein yang mencukupi untuk keperluan ibu dan bayi yang bakal dilahirkan. Susu Puremil tinggi dengan protein, jadi sangat membantu dalam memastikan sistem tubuh badan berjalan dengan lancar dan normal. Sistem tubuh badan yang dimaksudkan termasuklah: pembentukan sel darah merah, tisu, otot, imun sistem (ketahanan terhadap penyakit), sistem pencernaan dan metabolisme, sistem penyembuhan serta sistem hormon seperti rembesan hormon insulin untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Jika protein ini penting dalam pembentukan sistem tubuh badan kita, sudah tentu ianya sangat penting dalam pembentukan janin yang sihat. Pengiraan pengambilan susu Puremil untuk ibu mengandung boleh rujuk di sini 

Q: Kalau anak alah dengan protein susu lembu, adakah masih boleh minum susu Puremil?
A: Sila dapatkan pengesahan dari doktor terlebih dahulu kerana simptom alah susu lembu lebih kurang sama dengan simptom perut kembung disebabkan ketidakhadaman makanan/ susu. Simptom ini termasuk muntah, tidak selera makan dan kembung perut. Jika anak anda minum susu formula dan mengalami simptom seperti di atas, salah satu penyebab utama ketidakhadaman ialah bahan penstabil yang digunakan iaitu guar gam. Sebahagian perut kanak-kanak masih belum mampu untuk mencerna bahan ini. Walau apa sekalipun, sila berjumpa doktor untuk diagnose punca masalah. Jika anak disahkan alah kepada protein susu lembu, maka anak anda tidak sesuai untuk minum susu Puremil ini.

Q: Adakah susu Puremil hanya sesuai untuk umur 1-3 tahun sahaja?
A: Tidak. Susu Puremil adalah susu penuh krim. Susu penuh krim sangat sesuai untuk seisi keluarga bermula setahun ke atas hingga dewasa. Bacaan lanjut di sini

 

Q: Siapa yang tidak boleh ambil #susuPuremil?

A:
1) Bayi di bawah umur setahun.
2) mempunyai masalah sistem penghadaman yang tidak dibenarkan minum susu berprotein tinggi – lactose intolerance (atas nasihat doktor)
3) Mempunyai alahan pada protein susu lembu – telah melalui ujian alahan di hospital