Susu Puremil sesuai untuk semua?

Kenapa susu Puremil boleh diambil seisi keluarga bermula umur setahun ke atas hingga dewasa, termasuk ibu mengandung dan menyusu?

Perlu diketahui susu Puremil bukanlah susu formula yang diformulasikan mengikut peringkat umur kanak-kanak. Susu Puremil adalah susu penuh krim dalam bentuk susu tepung. Sama seperti susu segar, juga minuman kotak susu penuh krim yang boleh diambil bermula setahun ke atas. Bezanya adalah susu Puremil dalam bentuk susu tepung ditambah DHA. Kandungan nutrisinya adalah sesuai untuk semua peringkat umur mengikut jumlah pengambilan.

Peringkat umur 1-3tahun dan jumlah pengambilan (3skop 3kali sehari) yang tertera pada kotak menunjukkan kesesuaian susu Puremil yang memenuhi nutrisi protein, kalsium, bahan mineral yang diperlukan oleh kanak-kanak berusia 1-3tahun mengikut RNIM (Recommended Nutrient Intakes Malaysia 2017) sama seperti nutrisi dalam formulasi susu formula. Bezanya susu Puremil tiada bahan tambah kerana ia adalah 100% susu penuh krim. Perbezaan ketara dengan susu formula ialah tidak mengandungi tambahan nilai iron/zat besi. Nilai nutrisi susu Puremil adalah nilai nutrisi susu yang sebenar. Nutrisi iron ini boleh diambil dari makanan semulajadi dari luar seperti kurma, kismis, delima, daging, ikan, telur dan sebagainya.

Bagi 4 tahun ke atas hingga dewasa pengambilan susu Puremil adalah mengikut piramid makanan, boleh dijadikan minuman harian yang berkhasiat sama ada 1 hingga 2 kali sehari (tidak perlu lagi bergantung pada susu kerana banyak ambil makanan bernutrisi yang lain). Bagi ibu mengandung dan menyusu yang memerlukan kalsium dan protein yang lebih tinggi boleh tambahkan jumlah pengambilan sebanyak 5skop diminum 2 kali sehari (di samping pengambilan makanan bernutrisi dan pil vitamin), dicadangkan minum bersama delima atau kurma bagi mendapatkan sumber zat besi yang tinggi.

Susu Puremil tentu sekali perlu menjadi pilihan sekeluarga kerana rasanya seperti susu segar/susu kotak yang rasanya lebih sedap berbanding susu formula, rata-ratanya dapat diterima ramai. Tanpa campuran krimer, maltodekstrin, gula tambahan, bahan penstabil, anti caking agent, dan minyak sayuran, tentunya ia sangat baik dijadikan minuman harian seisi keluarga secara berpanjangan 🙂

#puremil
#susuPuremil
#susuSihat
#susuSedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *