Mitos susu organik

Mitos Susu Organik
.
 
Penafian: artikel ini ialah artikel ilmiah semata-mata, tiada kena mengena dengan mana-mana brand susu sekalipun.
.
 
Sejak akhir2 ini banyak iklan susu berirama di kaca tv dan di dinding fb. Dalam mengiklan susu tersebut, pihak kami dengan tak sengajanya terperasan ada beberapa kesalahfahaman maklumat telah berlaku di situ dan semakin lama tiada sebarang pembetulan (correction) dilakukan. Maklumat yang salah ini jika tidak dibendung maka masyarakat akan terus percaya dan semakin percaya. Di sini kami senaraikan bebrapa kesalahan maklumat yang sedikit sebanyak mencemarkan imej “SUSU”, paling ditakuti lagi 50 tahun akan datang anak cucu kita dah tak kenal apa itu susu yang sebenarnya. Ye lah, soya pun kita panggil susu, krimer pun kita panggil susu. Bak kata pepatah, manakan sama kaca dan permata, hanya jauhari yang mengenal manikam.
.
 
Berikut ialah mitos susu organik:
 
1. Susu organik tahan lama!
 
2. Susu kambing organik tak hamis, dah ada teknologi hilangkan bau hamis!
 
3. Susu asli berwarna putih, susu warna kuning tu dari tepung jagung, tambah perwarna kuning!
 
4. Tiada gula dan krimer sebab tu lambat basi!
 
5. Tiada lemak susu melekat di botol!
 
6. 100% susu kambing, nutrisi lebih rendah menyebabkan mudah dihadam
 
7. Susu kambing bersifat alkali
 
Nak tahu apa jawapan kepada mitos susu organik ini? Komen “NAK”, cukup 50 komen, kami akan berikan jawapan. Acah je, jawapan kami di bawah ini.
 
**********************
.
 
Mitos 1 : Susu organik tahan lama!
Jwp : jika susu organik tahan lama, 6,7 jam pun tak basi, susu segar tahan berapa lama? Susu segar akan basi setelah terdedah di ruang udara sekitar 4-5 jam sahaja. Susu tepung penuh krim juga begitu. Susu kotak pun sama. Susu formula pun sama. Kenyataan susu organik tahan lama adalah tidak benar.
.
 
Mitos 2 : Susu kambing organik tak hamis, dah ada teknologi hilangkan bau hamis!
Jwp : Istilah organik digunapakai semata-mata untuk meyakinkan pengguna susu tidak hamis sebab organik. Oh organik, patutla tak hamis. Setakat tahun 2017 ini, belum ada lagi teknologi untuk menghilangkan bau hamis susu kambing (jika ada mohon kongsikan maklumat tersebut). Susu kambing segar tiada bau hamis, tetapi apabila diserbukkan melalui proses freeze dry atau spray dry, bau hamis tersebut tidak dapat dihilangkan.
.
 
Mitos 3 : Susu asli berwarna putih, susu warna kuning tu dari tepung jagung, tambah perwarna kuning!
Jwp : Susu lembu spray dry berwarna kuning. Susu kambing freeze dry berwarna putih kekuningan (bukan putih melepak). Spray dry melibatkan haba, jadi berlakunya “brownisation” terhadap laktosa (gula susu), maka serbuk susu menjadi kuning.
 
Ada juga susu krimer yang berwarna putih kekuningan, susu ini dicampurkan dengan whey protein (berwarna kuning) untuk mendapatkan protein dan bau susu yang kuat. Namun, hal ini boleh diketahui dengan melihat di fakta nutrisi yang terdapat di kotak. Lihat pada bahagian Protein & Kalsium. Jika terdapat perbezaan yang sangat ketara, maka anda perlu ragu-ragu dengan susu tersebut sama ada ia benar-benar susu atau tidak. Dapatkan nasihat dari paediatrician/doktor anda supaya susu yang anda beli benar-benar menyediakan nutrisi yang sepatutnya.
 
Rujukan:
Protein 25-28g/100g
Kalsium 900mg/100g
.
 
Mitos 4 : Tiada gula dan krimer sebab tu lambat basi!
Jwp : Sifat asal susu sememangnya mudah rosak (basi). Susu mudah rosak disebabkan adanya bakteria pemakan laktosa (iaitu gula susu, bukan gula tebu/sukrosa/pasir), seterusnya susu menjadi berasid menyebabkan protein susu tergumpal (curdle) menjadi seperti dadih. Krimer tidak dimakan ole bakteria tersebut, maka yang tidak basi itu ialah krimer. Makin sedikit laktosa dan protein, maka makin sedikitlah rupa dadih di dalam susu yang didakwa lambat basi itu.
.
Penambahan krimer dan maltodekstrin (gula tersembunyi) sebenarnya membuatkan susu lebih tahan lama kerana bahan-bahan tersebut bersifat kering dan stabil.
.
 
Mitos 5 : Tiada lemak susu melekat di botol!
Jwp : Susu mengandungi lemak, sepatutnya botol susu akan sedikit berminyak.
 
Mitos 6 : 100% susu kambing, nutrisi lebih rendah menyebabkan mudah dihadam.
Jwp : Nutrisi susu kambing hampir sama dengan susu lembu. Baik nilai tenaga, protein, lemak dan kalsium hampir sama antara keduanya. Bahkan susu kambing tinggi dengan potassium (K) berbanding dengan susu lembu, makanya tidak sesuai untu kanak-kanak di bawah 2 tahun (mengikut pendapat ahli perubatan) kerana membebankan buah pinggang.
 
Nilai Protein yang sepatutnya bagi susu lembu/kambing asli ialah sekitar 25-28g/100g
Nilai Kalsium ialah sekitar 900mg/100g.
.
 
Mitos 7 : Susu kambing bersifat alkali.
Jwp : Keasidan (pH) susu kambing segar tidak dapat dikenalpasti, kemungkinan alkali (inferen awal, perlu dibuktikan terlebih dahulu). Namun pH susu tepung kambing hampir sama dengan susu tepung lembu iaitu sekitar pH6.2 – pH6.4 (asid lemah), ini ialah keputusan ujian makmal yang telah dibuat. Jadi sebarang rujukan tidak diperlukan. Dakwaan susu kambing (susu tepung) bersifat alkali adalah tidak benar dan hanyalah suatu bentuk kebohongan (HOAX) yang dicanangkan kepada pengguna setiap kali sehingga seluruh masyarakat percaya bahawa susu kambing lebih baik dari susu lembu kerana bersifat alkali. Suatu penemuan yang mengejutkan ialah KRIMER bersifat ALKALI iaitu pH sekitar pH7.9. Adakah susu kambing yang didakwa bersifat alkali ini sebenarnya ialah krimer campuran?
.
 
Nota tambahan: Susu kambing susu sunnah? Susu lembu juga ada disebutkan di dalam hadis. Rujuk kitab Kenali Rasul Kita Muhammad saw (Imam At-Tirmizi) huraian oleh Ahmad Adnan Fadzil, Terbitan Telaga Biru, lihat pada Bab 31: Minuman Rasulullah, m/s 385.
.
 
Maksud Hadis:
“Sesungguhnya hendaklah kamu meminum susu lembu kerana lembu makan daripada pokok-pokok dan susu ialah penawar bagi segala penyakit” (Mustadrak al-Hakim no. 8224)
.
 
Sekali lagi ditekankan, artikel ini ialah artikel ilmiah, jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat nasihat yang berkaitan boleh terus pm kami di Puremil Marketing Susu Puremil
.
 
Like & share supaya lebih ramai ibu bapa tidak mudah percaya dengan mitos ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *