Kalsium yang tak dirindukan…

Kalsium Yang Tak Dirindukan

Lambakan produk susu di pasaran telah mengaburi mata pengguna bahawa khasiat sebenar susu itu bukanlah pada bahan yang dicampurkan di dalamnya, khasiat sebenar susu terletak pada kandungan KALSIUM. Apalah ertinya susu jika dicampurkan dengan buah kurma, delima, tinn, kismis, madu, za’faran dan habbatussauda sekalipun, tetapi nilai kalsiumnya terlalu dan tersangatnya lah rendahnya.
.

Kenapa isu kalsium ini dibangkitkan?
Banyak susu di luar sana seperti brand ABCDEFG, HIJKLMN, OPQRSTU & VWXYZ (bukan nama sebenar) menyediakan kalsium yang sangat rendah sehingga tidak layak dipanggil susu tenusu. Per 100g hanya mengandungi 60mg-80mg kalsium? Per serving pula hanya menyumbang sebanyak 20mg-30mg… susu apa macam ni?
.

Tahukah anda kanak-kanak berusia 1-3 tahun memerlukan nutrisi kalsium sebanyak 700mg. Kalau susu pun hanya menyumbang 20mg sekali minum, berapa kali minum nak capai jumlah 700mg.
.

Nak kira jap.

700mg/20mg = 35 kali minum
Maksudnya kena minum sehari 35 kali baru boleh capai nilai kalsium tersebut.
.

Jika pihak kami tak beritahu kiraan ini, adakah para pengguna sedar sebahagian susu tidak menepati ciri-ciri susu yang baik?
.

Sehari pengambilan susu/kalsium bergantung kepada usia dan nutrisi di dalam susu itu sendiri. Bermaksud kita perlu tahu berapa banyak sepatutnya pengambilan susu seharian. Seperti yang sedia maklum, pengambilan susu segar/susu asli/susu penuh krim sekurang2nya 2x sehari. Bagi susu formula terdapat juga sukatan dan cara pengambilan mengikut nutrisi masing-masing berpandukan akta makanan. Memanglah susu bukan sumber makanan utama tetapi kalsium di dalam susu adalah paling tinggi berbanding sumber makanan lain dan tubuh badan kita memerlukan kalsium yang sangat tinggi. Sebab itulah susu berada di dalam piramid makanan. Begitu juga bagi kanak-kanak, susu memainkan peranan penting dalam pemakanan, apalagi bagi kanak-kanak yang kurang pengambilan kalsium dari sumber makanan lain. Bagi orang dewasa terpulang, kalau rasa dah cukup makanan berkalsium tidak perlu lagi pengambilan susu.
.

Cuba tanya diri, apakah maksud sebenar para pengguna membeli susu? Adakah bayi dan kanak-kanak memerlukan khasiat kurma, delima dan ……….. melebihi nutrisi kalsium yang sangat-sangat diperlukan untuk tumbesaran tulang dan gigi yang sihat? Kalau nak bagi juga, sila beri real food. Bukannya bahan campuran esktrak dsb kerana tidak dapat dipastikan berapa sebenarnya nutrisi yang disumbangkan dari bahan ekstrak tersebut, juga tiada ujian klinikal dilakukan.
.

Apakah justifikasi yang membuatkan pengguna membeli susu?

Beli sebab iklan yang menarik walaupun harganya mahal? Atau beli berdasarkan pada nilai nutrisi produk seperti protein dan kalsium? Atau beli sebab testimoni yang tidak pernah menghampakan?
.

Beli dengan bijak.
Semak fakta nutrisi, terutamanya pada bahagian kalsium dan protein.
.

Apalah ertinya susu jika kalsiumnya rendah dan tidak dapat menampung keperluan nutrisi harian, “sunnah” yang dicari, mudharat yang dapat.
.

Nota tambahan: Sunnah nabi saw terbahagi kepada tiga. Surah, sirah & sarirah. Surah ialah penampilan nabi, sirah ialah perjalanan hidup nabi daripada nabi bangun tidur sehingga nabi tidur semula, manakala sarirah ialah fikir risau nabi supaya seluruh umat dapat selamat daripada neraka Allah, masuk ke dalam syurga Allah. Sejauh manakah kita sudah mengamalkan sunnah2 nabi ini? Jika minum air pun masih berdiri, sila periksa diri, niat baiki diri untuk amal seluruh sunnah nabi dalam kehidupan. Jika tak dapat amal semua, jangan tinggal semua.
.

Tazkirah pendek di atas bagi menerangkan apa itu sunnah yang kini sudah dimanipulasi oleh sesetengah pihak yang berkepentingan material semata-mata tanpa menghayati dan mengamalkan sunnah baginda nabi saw.
.

Disebabkan isu susu tidak berkualiti ini, ia telah memburukkan nama susu kambing asli yang sebenarnya mempunyai kualiti yang tinggi, buah-buahan sunnah yang sebenarnya berkhasiat diambil secara semulajadi, dan marketing yang memburukkan susu lembu, sedangkan ia juga adalah minuman sunnah. Mari kita sama2 berusaha menghasilkan produk berkualiti dengan ilmu. Anda juga tidak perlu percaya pada kami jika merasakan kami hanya hendak melariskan jualan, anda boleh mencari, mengkaji dan bertanya pada yang ahli.
.

#awareness
Puremil Marketing Susu Puremil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *