Resipi HOMEMADE YOGURT menggunakan susu Puremil

Keistimewaan #susuPuremil yang tidak terdapat pada susu tepung lain, satu-satunya…

Tahukah anda, istimewanya dengan susu Puremil kita boleh buat ‘homemade yogurt’ kerana susu Puremil adalah susu tepung penuh krim yang asli, tidak ragu lagi! Pastinya yogurt Puremil lebih berkhasiat tanpa sebarang perasa, pewarna dan gula šŸ™‚

**************
Bahan-bahan

<3 6skop susu (2hidangan susu)
<3 180ml air
<3 1 sudu besar yogurt asli sebagai ibu yogurt (untuk pertama kali buat, beli dulu di kedai, seterusnya dah boleh guna yogurt yang kita buat dr susu Puremil ini nanti sbg ibu yogurt)

.
Cara-cara
1. Masak susu sehingga mendidih (berbuih). Tutup api sebaik sahaja keluar buih dan tunggu susu sejuk.
.
2. Ibu yogurt tidak boleh sejuk, biarkan pada suhu persekitaran.
.
3. Sebaik susu yang dimasak tadi sejuk (suhu persekitaran dalam 30ā„ƒ-33ā„ƒ, pindahkan susu ke dalam bekas dan campurkan ibu yogurt. Kacau sehingga larut.
.
4. Tutup permukaan bekas dengan menggunakan kain yg tebal (kain nipis boleh lipat beberapa kali). Boleh guna getah untuk ikat kain pada bekas.
.
5. Biar selama 24jam pada suhu persekitaran. Jika dapat kekalkan suhu pada 40ā„ƒ, yogurt anda boleh siap dalam masa 12 jam.
.
6. Yogurt yang dah siap boleh simpan di dalam peti sejuk. Sedap dimakan sejuk-sejuk bersama buah epal, delima, kurma dan lain-lain.
.
Tips: Salah satu teknik untuk dapatkan persekitaran suhu 40ā„ƒ, boleh letakkan bekas di sebelah water heater yang sentiasa panas.
.
*untuk membuat yogurt lagi dan lagi, guna yogurt yg dah siap ini sebagai ibu yogurt. Tidak perlu beli lagi šŸ™‚
.
Kini anda boleh menikmati yogurt tanpa sebarang perasa atau pewarna tiruan. Lebih berkhasiat dan menjimatkan. YOGURT merupakan salah satu sumber MAGNESIUM yang sangat penting bagi penyerapan kalsium dalam tubuh badan.
.

Antara khasiat lain yogurt sama seperti susu :
1) Baik untuk sistem pencernaan
2) Probiotik untuk meningkatkan sistem keimunan tubuh
*https://www.thestar.com/ā€¦/probiotics_can_play_key_role_in_iā€¦
3) Mencegah osteoporosis
4) Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
5) Mengurangkan rasa lapar dan memberi tenaga
6) Sumber vitamin yang baik untuk rambut dan kulit
7) Baik untuk perkembangan otak
**Sumber : http://www.webmd.com/food-recipes/features/benefits-yogurt

Dapatkan Susu Puremil dari Puremil Marketing Susu Puremil. Memberikan info susu terbaik untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *