Susu & Diabetes

Susu & Diabetes

Susu yang sihat ialah susu yang mempunyai Glycemic Index (GI) yang rendah. Susu Puremil mempunyai GI yang rendah kerana bahan mentahnya ialah hampir 100% susu asli.

Susu yang mempunyai Glycemic Index (GI) yang tinggi boleh membebankan pankreas untuk menghasilkan insulin (dengan kuantiti yang tinggi dengan kadar segera) untuk mengawal paras gula di dalam darah, justeru dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan masalah diabetes.

Apakah jenis susu yang mempunyai GI yang tinggi?
Susu yang mempunyai GI yang tinggi ialah susu yang tinggi dengan karbohidrat dan bahan mentahnya terdiri daripada bahan proses seperti MALTODEXTRIN (tinggi GI) dan ditambah dengan gula SUKROSA (tinggi GI).

Bagaimanakah Glycemic Index ini berfungsi?
1. Glycemic Index dibaca dengan kehadiran insulin (graf berkadar tetus, semakin tinggi GI, semakin banyak insulin harus dirembeskan)

2. Insulin bertujuan untuk mengawal paras GULA dalam darah.

3. GULA yang dimaksudkan ialah GLUKOSA, SUKROSA, FRUKTOSA, MALTOSA, LACTOSA dsb.

4. Glukosa berasal daripada KARBOHIDRAT yang telah diurai.

5. Karbohidrat berasal daripada sumber seperti NASI, ROTI, BISKUT, MALTODEXTRIN dsb.

6. Nasi mempunyai GI yang tinggi, tetapi jika diambil dalam kuantiti yang berpadanan, tiada sebarang masalah. Lagi pula nasi mengalami beberapa proses sebelum menjadi gula (nasi – karbohidrat – glukosa). Proses penguraian daripada nasi menjadi gula mengambil sedikit masa yang turut membantu pankrease untuk merembeskan insulin dengan kadar yang berpatutan.

7. SIFIR MUDAH BAGI GI IALAH:
a) makanan/ minuman yang tinggi karbohidrat mempunyai GI yang tinggi, jadi tak boleh ambil secara berlebihan.
b) makanan/ minuman yang tinggi GULA tentunya mempunyai GI yang tinggi, tak boleh ambil secara berlebihan
c) makanan/minuman proses/segera biasanya mempunyai GI yang tinggi kerana bahan mentahnya telah diproses menjadi unsur yang lebih ringkas (iaitu dalam bentuk karbohidrat, sbg contoh maltodextrin, iaitu gabungan daripada beberapa jenis karbohidrat).

Nota Tambahan:
Dalam piramid makanan, nasi (bijirin/karbohidrat) berada pada paras bawah sekali iaitu pengambilan yang harus diambil dengan kuantiti yang banyak. Namun, pada tahun kebelakangan ini (sekitar tahun 2016), pihak KKM telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan Pinggan Sihat, iaitu suku, suku, separuh. 1/4 nasi, 1/4 lauk, 1/2 sayur & buah-buahan. Jadi yang perlu diambil dengan kuantiti yang banyak ialah sayur & buah-buahan.

********
Sumber :
International tables of glycemix index and glycemix load values: 2008
http://care.diabetesjournals.org/content/31/12/2281.full

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *