Apakah sebenarnya pH susu tepung kambing dan lembu asli?

Lanjutan daripada post sebelum ini berkenaan susu tepung kambing yang didakwa bersifat alkali manakala susu tepung lembu pula bersifat asid. Adakah ianya benar?

Berikut ialah keputusan ujian pH (menggunakan alat pH meter) yang telah dijalankan terhadap beberapa bahan.

Dalam ujian yang dijalankan, kami bahagikan bahan ujian (susu) kepada 4 kumpulan. Kumpulan ini dibahagikan bagi memudahkan perbandingan dan penilaian terhadap keputusan akhir.

Kumpulan A
1. Susu tepung lembu ASLI (susu Puremil) = 6.4
2. Susu tepung kambing ASLI = 6.2
* Susu lembu dan kambing ASLI seakan-akan mempunyai sifat keasidan yang hampir sama. Asid lemah menghampiri Neutral.

Kumpulan B
3. Susu tepung KAMBING pasaran jenama X = 7.4
4. Susu tepung LEMBU pasaran jenama Y = 7.3
* Susu lembu dan kambing jenama X dan Y pula seolah-olah berkongsi sifat keasidan (acidity) iaitu Alkali lemah, menghampiri Neutral

Kumpulan C
5. Susu formula jenama Z = 6.8
*Asid lemah menghampiri Neutral

Kumpulan D
6. Krimer = 7.9
*Alkali lemah, menghampiri Neutral

Nota: Krimer sengaja diuji tahap keasidan bagi membantu pihak kami untuk kenalpasti kebarangkalian penggunaan krimer di dalam susu kanak-kanak.

Rujukan:
0.0 – 6.9 = Asid
7.0 = Neutral
7.1 – 14 = Alkali

Penafian:
Ujian hanya dilakukan utk beberapa jenis susu tepung sahaja. Untuk susu segar (lembu/kambing) kami akan buat ujian pada masa akan datang.
Jadi keputusan ini hanya mewakili jawapan penuh kepada pH sebenar susu tepung lembu atau susu tepung kambing.

Kesimpulan:

Kumpulan A mewakili susu tepung ASLI (lembu & kambing). Keputusannya susu tepung lembu & kambing ASLI bersifat asid lemah (menghampiri neutral)

Kumpulan B mewakili sebahagian susu di pasaran (lembu & kambing). Keputusannya susu tepung lembu & kambing ini bersifat alkali lemah (menghampiri neutral).

Berdasarkan kepada faktor kumpulan, jawapan yang selayaknya digunapakai ialah jawapan bagi kumpulan A kerana sifat susunya yang ASLI (bukan susu campuran).

Anda ada pandangan lain?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *