Kenapa Susu Puremil tidak ada ekstrak herba, minyak sayuran atau buah-buahan?

Kenapa Susu Puremil tidak ada ekstrak herba, minyak sayuran atau buah-buahan?

Dari sudut perubatan, kami tidak tahu tindak balas yg boleh berlaku di dalam tubuh badan apabila ekstrak herba atau buah ini dicampurkan sekali. Lagipun tiada ujian klinikal yg mengesahkan tidak ada sebarang kesan negatif terhadap tubuh badan dan terhadap bahan campuran lain di dalam susu. Jadi secara amnya susu ini sesuai untuk semua (kecuali bagi kanak2 yang mempunyai masalah kesihatan serta bayi di bawah umur 1 tahun, perlu mendapat nasihat doktor). Susu ini hanya dilengkapi dengan nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh badan dan memenuhi kriteria keperluan nutrisi oleh tubuh badan.

Dari sudut industri pula, kebanyakan ekstrak (bukan semua) dicampurkan dengan tepung maltodextrin bg memudahkan proses penghasilan serta penggunaannya. Campuran ekstrak dan maltodextrin mengikut nisbah seperti 1:2, 1:5, 1:10 bergantung kepada jenis bahan.

Sumber lain yang diperlukan oleh tubuh badan yang tiada dalam susu ialah Zat besi. Sesetengah susu ditambahbaik dengan kandungan ini melalui bahan2 tertentu.

Cthnya kandungan zat besi terdapat dalam :

Kurma
Delima
Tomato
kismis

Namun adakah susu dengan ekstrak buah2 tersebut dapat membantu melengkapkan keperluan nutrisi dalam tubuh badan? Tahukah anda berapa peratus ekstrak bahan yang dipakai dalam sesuatu produk itu? Adakah kualiti atau khasiat bahan-bahan ekstrak ini terjamin keberkesanannya? Bagaimana tindakbalas campuran pelbagai bahan dengan susu? Tiada ujian klinikal dibuat.

Jika hendak dapatkan khasiat ini lebih baik ambil daripada sumber luar iaitu buah2 segar yang ternyata memang berkhasiat.

Biasanya purata ekstrak yang dimasukkan hanyalah di bawah 5%. Tetapi kebaikan kesan ekstrak itu dijaja lebih daripada nilai susu itu sendiri. Sebenarnya apa yang kita mahu? Nak khasiat susu atau bahan ekstrak tersebut?

Kami tak nafikan ekstrak tersebut mungkin memberi nilai, dan semestinya ibu2 inginkan yang terbaik buat anak2. Tetapi janganlah disebabkan rambang mata dengan ekstrak2 tersebut, keperluan utama susu diabaikan sehingga tidak peka kepada jumlah kandungan kalsium dan protein sebenar yang sepatutnya ada di dalam produk susu. Tanpa kita sedari, anak-anak sedang kekurangan nutrisi utama tersebut.

Susu yang menepati kehendak akta makanan Malaysia tidak menjadi masalah walaupun dicampurkan dengan bahan-bahan lain. Kami percaya nisbah campuran bahan-bahan tersebut terkawal. Yang menjadi masalah ialah susu yang langsung tidak menepati akta makanan dan juga tidak menepati akta pelabelan. Apakah terdapat kawalan terhadap bahan2 campuran tersebut? Apakah rujukan kawalan terhadap bahan2 tersebut? Bagaimana pula jika hanya 10% sahaja susu asli (lembu/kambing), 90% lagi ialah campuran tepung berwarna putih yang meragukan. Adakah terdapat kawalan terhadap penggunaan krimer & maltodextrin? Ini antara soalan-soalan yang perlu dijelaskan. Jika tidak, termasuklah dalam kategori “gharar” ataupun “uncertainty” iaitu “tidak jelas”.

Benar di dalam Islam kita tidak perlu siasat sedalam-dalamnya akan sesuatu perkara, bagaimana pula jika bahan-bahan yang digunakan itu mempunyai unsur-unsur yang meragukan yang boleh dikenalpasti hanya dengan melihat kandungan bahan mentah, fakta nutrisi dan hanya dengan membuat sedikit ujian ringkas. Hasilnya sangat2 mengecewakan dan bahan tersebut amat meragukan. Adakah kita perlu tunggu sehingga kes melamin berulang sekali lagi setelah bayi meninggal dan kanak-kanak menghidap batu karang? Atas dasar masalahat umat, maka penerangan seperti ini amat perlu untuk memberikan kesedaran kepada orang awam terutamanya ibu bapa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *