Kenapa lain-lain susu, lain bancuhan skop?

Kenapa lain-lain susu, lain bancuhan skop?

Bilangan skop untuk sekali bancuhan merujuk kepada keperluan nutrisi untuk sehari serta kemampuan tubuh badan untuk menyerap nutrisi tersebut dalam satu masa.

Sebagai contoh: KALSIUM

Keperluan kalsium bagi kanak-kanak berusia 1 – 3 tahun untuk 1 hari menurut standard Malaysia ialah 500mg kalsium (Reccommended Nutrition Intake, RNI).

Sumber: Nutritional Coordinating Committee on Food and Nutrition, Ministry of Health Malaysia 2005

Untuk 1 hidangan (bancuhan) Puremil hanya memerlukan 3 skop sahaja. Air banyak mana ya? Untuk nak memudahkan pemahaman, air terpulang banyak mana pun boleh, bergantung kepada kepekatan dan rasa susu tersebut. Kalau anak suka cair, banyakkan air. Kalau anak suka yang pekat, kurangkan sukatan air. Sebagai panduan, 1 skop boleh dibancuh dengan 2 atau 2.5 ounce air.

Berapa banyak kalsium dalam 1 hidangan susu Puremil?

3 skop Puremil (1 hidangan) bersamaan dengan 190mg kalsium

1 hari minum 3 kali bersamaan dengan (190mg x 3 ) 570mg kalsium

Ini bermakna, secara purata 9 skop (60g) susu Puremil sehari telah mencapai keperluan nutrisi kalsium bagi kanak-kanak yang berumur 1 hingga 3 tahun.

Jadi terpulang kepada ibu-ibu semua bagaimana anda mengatur jadual minum susu anak-anak asalkan pengambilan tidak melebihi 9skop susu sehari.

9 skop sehari. Jimatnya.. betul tak?

Kenapa boleh jimat ya? Sebab susu Puremil ni susu asli dan tidak bercampur dengan KRIMER dan MALTODEXTRIN mahupun GULA PUTIH.

Bagaimana kalau lebih dari 9 skop sehari?

Lebih 9 skop bermakna terdapat lebihan kalsium yang diperlukan oleh badan. Sumber kalsium bukan hanya daripada susu sahaja, bahkan di dalam sayur-sayuran juga terdapat kalsium. Di dalam tubuh badan terdapat “calcium regulator” yang bertanggungjawab mengawal penyerapan kalsium. Secara ringkasnya, lebihan kalsium di dalam badan tidak membahayakan kesihatan.
Sumber: http://emedicine.medscape.com/article/920955-overview#a4

Walaupun demikian, kebanyakan kes yang dirujuk di hospital bagi masalah kanak-kanak ialah kes kekurangan kalsium.

Bagaimana pula keperluan kalsium bagi kanak-kanak berusia 4 tahun dan ke atas?

Lihat di bawah:

4-6 tahun 600mg kalsium
7-9 tahun 700mg kalsium
10-18 tahun 1000mg kalsium

Berapa pula skop nak beri pada anak yang 4 tahun ke atas ni?

Mari kita buat kira-kira ringkas

3 skop Puremil = 190mg kalsium
Jadi, 1 skop Puremil = 190mg/3 = 63.3mg kalsium

10 skop Puremil sehari = 63.3mg x 10 = 633mg (4-6 tahun)
12 skop Puremil sehari= 63.3mg x 12 = 760mg (7-9 tahun)
16 skop Puremil sehari= 63.3mg x 16 = 1013mg (10-18 tahun)

Kira-kira di atas adalah purata pengambilan susu Puremil sebagai rujukan ibu bapa bagi mencukupkan keperluan kalsium anak mengikut peringkat umur. Namun begitu, sumber utama kalsium bukan hanya daripada susu, banyak lagi sumber lain daripada sayur, buah dll. Anak yang dah mula makan makanan pejal perlu makan makanan seimbang untuk mendapatkan nutrisi yang baik dan lengkap. Susu tepung hanyalah sebagai pelengkap jika anak kekurangan pengambilan kalsium. Secara umumnya, pengambilan sebanyak 2 hingga 3 kali sehari sudah memadai bagi anak yang berumur 4 tahun ke atas di samping mengamalkan pemakanan yang seimbang.

Berikut adalah senarai sumber lain yang mempunyai kalsium :

Sayur-sayuran yang mempunyai kalsium dan mudah didapati;

Brokoli
Karot
Bendi
Saderi/ celery
Kobis
Sawi cina
Bayam
Bawang putih
Bawang merah
Tomato
Kentang
Halia

Buah-buahan yang mempunyai kalsium

Kurma
Epal
Pisang
Anggur
Lemon
Oren
Nanas
Tembikai
Delima
Manggis

Makanan laut :

Ikan sardin
Ikan tuna
Rumpai laut

(sumber: blissreturned.wordpress.com)

 

#Puremil
#sususedap
#foodtechgroup
#SusuMesraAkta
#SusuTanpaGulaSukrosa(GulaTebu)
#SusuTanpaPemekat
#SusuTanpaKrimer
#SusuBerkhasiat
#PastinyaSusuAsli

One thought on “Kenapa lain-lain susu, lain bancuhan skop?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *